Mesti kawan2 yg diluar sana pening memikirkan bajet uyk bertunag kan ? lagi2 sekarang ney semua harga barang mahal.. bagi kami biarlah kita bersederhana sahaja. Dalam apa2 majlis yg hendak kita lakukan. Tidak perlu keterlaluan & nak grand2 sangat. Takut nnt x sampai hujung blan duit dah habis.nnt sendiri yang susah hati... :)
Sekiranya ada diantara kamu semua yg masih pening kepala untuk mengira bajet yang sesuai & inginkan kos yg menjimatkkan apa kata u alls ikut cara kami... itu pun kalau u alls nk jadikan sbg rujukan ler..:)
MAKANAN UNTUK TETAMU
- Anggaran berapa banyak kos utk makanan supaya tidak terkutang @ terlebih.
- Seeloknya jemputlah hanya keluarga, saudara-mara & rakan yang terdekat sahaja.
- Pilihlah makanan yang berpatutan garganya, simple & mudah dimasak tapi ia mengenyangkan...
Cadangan utk menu pada waktu yang menjadi pilihan anda :-
HANTARAN
- Ini juga perkara yg penting dlm pertunangan. Sekiranya u alls nak buat majlis yg sederhana cukup la sekadar lima dulang - pihak lelaki berbalas tujuh dulang - pihak perempuan.
- Selalunya hantaran pertunangan kebanyakan berasaskan makanan, barang2 wajib seperti sireh junjung & cincin- bg pihak lelaki.
- Pastikan bajet setiap dulang hantaran berpatutan, tetapi nampak bergaya & mewah.
- sekiranya kita mempunyai kreativiti mengubah sendiri lagi bagus kerana dapat menjimatkan wang malah boleh mengubah mengikut citarasa sendiri.
- Contoh anggaran jumlah kasar setiap dulang hantaran termasuk accessory bagi kedua-dua belah pihak.

* Cadangan yang kami beri di atas hanyalah anggaran jumlah kasar sahaja. Jika anda pandai berjimat dan kreatif dalam mengubah hantaran kemungkinan bajet anda kurang daripada bajet yang kami beri :)
BAJU & ACCESSORY
- Belilah ketika pasaraya mengadakan potongan harga.
- Bandingkan dengan harga kedai lain.
- Biarpun harganya murah tetapi yang penting cantik apabila dipakai.
- Sekiranya kurang bajet, pinjam lah dari kawan @ saudara yang mempunyai baju pertunangan yang dulu.
MAKE-UP
Makeup memang penting bagi kita kaum hawa tetapi terpulanglah pada anda sendiri ingin sentuhan dari andam ataupun tidak. Tetapi bagi kami lebih baik meminta rakan @ saudara yang pakar solek memakeup kita. mungkin hasilnya tidak sehebat pakar solek di situ kita telah pun jimat kos untuk pertunangan.
KHEMAH MAKAN
Sekiranya rumah anda besar dan luas seperti rumah kampung. Tidak perlulah menyewa khemah cukuplah sekadar makan buffey beramai di dalam rumah. Sekiranya rumah anda di perumahan dan kecil eloklah anda menyewa khemah untuk keselesaan bersama.
Khemah tidak perlu yang mahal2.. cukup sekadar yang biasa2 sahaja.
PELAMIN
Bagi kami ingin kesederhanaan tidak perlulah menyewa pelamin. Kerana ianya satu pembaziran. Cukuplah sekadar di bilik ataupun sediakan lah ruang untuk tempat menyarung cincin. hias tempat tersebut dengan langsir, pasu bunga dan hamparan karpet. itupun sudah memadai & nampak cantik.
PHOTOGRAPHER




.jpg)





