Isnin, 27 Mei 2013

Kelebihan Puasa Wajib Dan Puasa Sunat




Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.
Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa” (Surah al-Baqarah:183)
Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. SabdaNabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat.” Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: “Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit.”
Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: “Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya.”
Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.

FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah ‘aqil baligh dan ketiadaan uzur syar’i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Rujuk: Al-Targhib II:206)
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: “Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :” Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku” Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

FADHILAT PUASA-PUASA SUNAT SEPANJANG TAHUN

1. Puasa enam hari dalam bulan Syawal

Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun.” (Riwayat Muslim)
Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

2. Puasa hari ‘Arafah (9 Zulhijjah)

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari ‘Arafah, sabdanya bermaksud: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya.” (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Puasa pada hari ‘Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag.” (Diriwayat oleh Muslim)

3. Puasa pada bulan Muharram

Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: “Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam.” (Riwayat Muslim)
Daripada Ibu ‘Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: “Sesiapa berpuasa pada hari ‘Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari.” (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

4. Puasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari ‘Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: “Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Muslim)

5. Puasa hari Tasu’a (Tanggal 9 Muharram)

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)
PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Berpuasalah pada hari ‘Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya.” (Riwayat Imam Ahmad)

6. Puasa bulan Sya’aban

Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: “Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya’aban.” Sabda Rasullullah s.a.w.: “Bulan ini (yakni bulan Sya’aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya’aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa.” (Riwayat al-Nasai)
Ummu Salamah r.a. pula berkata: “Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya’aban dan Ramadhan.” (Riwayat al-Turmuzi)

7. Puasa pada hari Isnin dan Khamis

Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: “Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa.” (Riwayat al-Turmuzi)
Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku.” (Subul al-Salam)

8. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat

Daripada ‘Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka.” (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>” (Riwayat al-Tabrani)
Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa.” (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

9. Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)

Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih – pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah).” (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

10. Puasa tiga hari pada setiap bulan

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa.”
Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas’ud, Abu Zar, al-Syafi’i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.
Sementara al-Nakha’i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.

11. Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)

Hadith daripada Abdullah bin ‘Amru ibnu al-’As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun.” Aku berkata: ” Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. “Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Abdullah bin ‘Amru ibnu al’As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: “Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
PERINGATAN
1. DALAM MENCARI PAHALA PUASA SUNAT, JANGAN TERSALAH HARI-HARI YANG DIHARAMKAN BERPUASA IAITU:
  • TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)
  • 10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH
  • HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA’ABAN)
  • SELEPAS 15 SYA’ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA
  • PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)
2. JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:
  • PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN
  • PUASA ORANG YANG SANGAT TUA
  • PUASA WANITA YANG HAMIL
  • PUASA ORANG YANG MUSAFIR
  • PUASA PADA HARI ‘ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI
  • PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)
  • PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)
  • PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA
  • PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)
3. ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
4. NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)
Wallahu A’lam…


4 Peringkat Mendidik Anak Cara Rasulullah S.A.W



Tips Ringkas Penjagaan Kucing Peliharaan






Ramai yang suka kucing kerana sebab-sebab tertentu. Mungkin kerana comel,manja garang,aksi-aksi yang melucukan yang di tunjukkan seseekor kucing itu. Namun, adakah anda mengetahui cara yang betul untuk memastikan kucing anda terjaga dari pelbagai segi?

Secara ringkasnya,
-Seperti bayi, kucing memerlukan tidur yang lama dan mencukupi.
-Kucing anda perlu diberi makan 3 hidangan sehari dan sekiranya anda mula membela kucing baru, anda harus pastikan kucing anda mengambil diet dan pemakanan yang sama selama sekurang-kurangnya 10 hari.Cara ini dapat mengelakkan kucing anda mendapat gastrik disebabkan corak pemakan yang bertukar-tukar.
-Berikan kucing anda air minuman yang bersih dan elakkan dari memberi makanan atau minuman berunsur susu bagi mengelak penyakit cirit-birit (diarrhoea).
-Cuci kucing anda dengan syampu dan perapi bila perlu.
-Telingnya pula perlu dibersihkan dengan larutan pembersih telinga.Berus bulu-bulunya untuk membuang kotorang dan mengelakkan kekusutan.
-Anak kucing anda pula memerlukan mainan dan alat bantuan latihan untuk memastikan personaliti yang gembira dan bergaul.
-Sekiranya kucing tersebut di vaksin , jangan mandikan kucing anda dalam masa 5 hari.
-Tidak dilupakan juga, kucing tidak boleh makan chocolate.Chocolate mempunyai sejenis bahan yang mampu menghentikan atau melemahkan degupan jantung kucing kesayangan anda itu.











Waktu-waktu dimakbulkan Doa



Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa. Maka jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu itu.
1. Waktu sepertiga malam yang akhir
Sesungguhnya Rasulullah bersabda:
“Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”. (HR Bukhari dan Muslim)
2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (HR Ibnu Majah)
3. Doa selepas solat fardhu
“Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi)
4. Doa di dalam sujud
“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )
5. Sesaat pada hari Jumaat
“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (HR Bukhari dan Muslim)
6. Ketika Lailatulqadar
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
“Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )
7. Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)
8. Doa antara Azan dan Iqamah
“Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” (HR Al-Tirmizi)
9. Ketika Hujan
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)

Petua Kesihatan Gigi




Kesihatan gigi adalah antara perkara yang penting untuk kita jaga. Gigi yang tidak sihat akan menjadi penyebab kepada sakit gigi, penyakit gusi dan gigi patah. Orang melayu adalah antara bangsa yang banyak memiliki petua menjaga kesihatan diri dan petua kesihatan gigi tidak terkecuali. Petua kesihatan gigi orang melayu yang berjaya saya kumpulkan adalah seperti berikut:
1- Petua kesihatan gigi yang pertama adalah anda berkumur dengan air garam selama dua minit untuk beri kekuatan kepada gigi.
2- Anda minum air jus perahan limau manis untuk menambah kekuatan gigi, memutihkan gigi dan membunuh segala kuman yang berada di dalam mulut.
3- Makan buah dan sayuran yang mempunyai banyak fiber pada setiap hari. Apabila anda makan buah seperti epal, sayur kobis, ulam–ulaman dan buah pear, jus yang terhasil apabila anda gigit makanan tersebut akan memberi zat kepada gigi anda. Secara tidak langsung, gigi anda akan jadi kuat.
4- Petua kesihatan gigi yang seterusnya adalah anda boleh gunakan kulit buah oren untuk memutih dan bersihkan gigi anda. Caranya adalah anda gunakan bahagian dalam kulit yang berwarna putih. Tenyehkan bahagian tersebut kepada gigi anda untuk beberapa minit. Jadikan ia amalan dengan melakukannya seminggu tiga kali.
5- Campurkan garam dan jus perahan limau. Hasil campuran ini anda jadikan ubat gigi anda. Gosok gigi anda seperti biasa. Selepas selesai, anda bilas mulut anda dan gosok gigi dengan ubat gigi biasa pula.
6- Petua kesihatan gigi seterusnya adalah anda sentiasa amalkan senyuman manis. Mimik muka ketika senyum akan menjadikan struktur gigi anda kukuh. Sebab itu orang yang sentiasa senyum memiliki gigi yang cantik.

Atasi Stres Hidup Anda!

Stres merupakan sesuatu yang tidak lekang dari diri setiap manusia.Tidak kira sama ada anda sedang bekerja, belajar mahupun sudah berkahwin, stres cukup sinonim dalam kehidupan seharian.Mari belajar cara mengurangkan stres dalam kehidupan anda!




Cara mengatasi stres pula,Secara ringkasnya;
Fizikal
  • -Lakukan senaman dengan secukupnya
  • -Lakukan meditasi
  • -Dapatkan urutan badan secara teratur
  • -Dapatkan tidur yang secukupnya
  • -Makan mengikut piramid makanan
  • -Uruskan badan anda dengan teratur
Kerja
  • -Tinggalkan kerja di tempat kerja,secara fizikal dan mental
  • -Jika masa yang diperlukan untuk kerja menggangu rumah tangga anda,anda harus lakukan sesuatu.
  • -Keluarga anda perlu tahu perkara-perkara penting yang berlaku di pejabat.Kongsikan bersama mereka
Keluarga
  • - Tetapkan sempadan-sempadan dengan ahli keluarga  anda supaya dapat mengelak dari berlakunya masalah pada perkahwinan anda.
  • - Kongsi tanggungjawab untuk menjaga anak-anak anda untuk mengelak dari berlaku pertengkaran.
Kewangan
  • -Belanja mengikut kemampuan anda. Tetapkan bajet dan patuhi bajet tersebut.
  • -Adakan dana simpanan agar dapt digunakan pada waktu kecemasan.
  • - Buat temu janji dengan penasihat kewangan dan berbincang tentang perkara-perkara seperti simpanan kolej dan persaraan. Anda akan berasa lebih tenang jika masa depan kewangan anda  terjamin.
  • - Gunakan akaun berasingan dengan pasangan anda agar perbelanjaan lebih teratur.
*Rendaman kaki dan rutin ke spa juga dapat membantu!
Harap anda mendapat manfaat dari hasil penulisan saya ini, tapi membaca dan tidak berusaha juga tiada guna juga.
Jadi bangun dari kerusi itu dan mulakan dengan segera!

Cara Kekalkan Kabahagiaan Rumahtangga Bagi Isteri



1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda.Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna.Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembiradan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila diapulang dan Apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suamiakan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama kemaluan suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyakmeminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami andaberdukacita.Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yangmelibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari,walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda bolehmemegang tangannya atau bahunya bilaberjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak andal ebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidurbersama suami anda. Inilah antaramasa yang paling manis dalamkehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauhhati dan merajuk.
8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda didepan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.
9.  Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.
10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda,bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya kekasihku.
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya.Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain.Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja.Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk “bersama”anda,layanilah dia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda.Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteriyang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut bersama. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus.Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda,janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya,melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.
17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.